Sunday, February 13, 2011

jangan takut untuk berubah

ketika perubahan datang secara tiba-tiba,rasa ragu-ragu sering menghantui diri kamu.Malah rasa ragu-ragu itu boleh menghambat rasa yakin kamu pada diri sendiri,sekali gus ia boleh memusnahkan segala-galanya.Jadi kamu boleh menumpaskan rasa cemas itu dengan mencuba saranan berikut:

  • Tiba masanya untuk 'set new goal.!' apabila rasa takut menghantui diri,cuba lihat peluang yang kamu peroleh menerusi perubahan itu.

  • Jadikan ia sebagai tujuan.Dan bayangkan segala hasil yang bakal kamu raih kelak.! Terus membayangkan hasil yang positif.

  • Bersikap terbukalah kepada perubahan dan percaya kepada kemampuan diri kamu.Motivasi dalam diri akan membuka jalan buat diri kamu untuk memandang sesuatu perubahan itu dari sudut pandangan yang positif.

JANGAN TAKUT UNTUK MENCUBA TAW..!

No comments:

Post a Comment