Sunday, January 30, 2011

PANDUAN BERSAHABAT DENDAN SI JEJAKA...

Mempunyai sahabat dikalangan lelaki tak ubah sama senangnya seperti memiliki seorang kekasih di sisi.Tentunya si sahabat itu memang sangat boleh di harap,prihatin terhadap kamu,senang di ajk untuk ke mana2 malah turut menjadi teman yg sangat sesuai untuk mencurahkan perasaan.Agar persahabatan kamu dengan sahabat lelaki itu menjadi semakin 'menyenangkan',kenal pasti dan fahamilah peraturan persahabatan ini dan kenali keperluannya kepada diri kamu.!Tip ini juga boleh dipraktikkan untuk kamu yg ingin menjadi sahabat kepada ex-kamu...
Do's


Humor
Salah satu cara yg membuatkan lelaki selesa berkumpul atau lepak dengan rakan2 lelakinya ialah mereka bebas bergurau.!
Bagi lelaki,gurauan memang menjadi ubat yg paling berkesan utk melepaskan segala ketegangan dan kepenatan yg di tanggung.
Tunjukkan kepadanya bahawa kamu juga memiliki selera humor yg sama seperti rakan lelaki2nya yg lain.
Kamu boleh memukaunya dengan ketawa besar atau 'lebih' selepas mendegar gurauan sahabat lelaki mu itu.(jgn terover suda la)
Percayalah,lelaki akan merasa selesa berada bersama org2 yg memiliki kadar humor sama dgnnya.
Berdikari
Apabila kamu bersahabat dengan lelaki,kamu perlu kikis sedikit sifat manjamu.
Sebahagian besar lelaki beranggapan mereka akan menghargaimu bila kamu menunjukkan sikap berdikari di hadapannya.
Baginya,perempuan yg bijak berdikari lebih berkebolehan untuk mengikut gaya persahabatannya.
Sebenarnya tak salah jika kamu ingin menunjukkan sikap manjamu sesekali terhadapnya.
Tapi pastikan kemanjaan kamu yg tunjukkan itu berbeza kadar dan sikapnya berbanding kemanjaan bersama2 dengan kekasih.
Tahu Banyak Hal
Kamu tidak harus menguasai segala2nya.yg penting kamu up to date topik2 terkini.
Kamu tak mungkin berpeluang membahaskan soal lipstik,mekap dan trend kecantikkan dengannya,kan?
Biasanya lelaki akan berasa senang dan selesa bersahabat dengan perempuan yg boleh di ajak berbual tentang beberapa topik kesukaannya seperti olahraga,automotif,muzik dan sebagainya.
'Straight To The Point'
Jika kamu merasa kesal dengan sikap lelaki kamu itu,jangan terus simpannya dalam hati.
Sahabat kamu itu bukan Deddy Corbuzieryg boleh bace fikiran org lain.
Jadi,bila sahabat melakukan hal2 yg kureng berkenan di hatimu,terus katakan perihal tersebut kepadanya.
Relaks......perkara ini tidak akan membuat dirinya tersinggung.
Kerana lelaki lebih senang dengan individu yg straight to the point dan lebih terima kritikan.
Pendengar Yg Baik
Ketika sahabat ingin bercerita tentang persoalannya di pejabat,rakan2 atau mungkin kekasihnya,berikan 100% perhatiamu terhadap ceritanya.
Tatap matanya dan kamu bersikaplah seolah2 kamu mendengar setiap ucapannya.
Hentikan sementara bermain2 dgn Blackberry atau melirik ke arah org yg lalu-lalang sewaktu sahabat sedang bercerita.
Dont's
Mengongkong
Walau bagaiman akrab pun hubungan kamu dan sahabat,jangan pernah sesekali kamu merasakan bahawa kamu memilikinya.
Menjadi sahabat,tidak bermaksud kamu berhak melarangnya itu dan ini.
Bimbang pula jika sahabat merasakan seolah2 dirinya bersahabat dengan ibunya sendiri.
Lagi pun,bukan kamu seorang sahaja yg menjadi kawannya.
Jadi,cubalah untuk lebih menghargai zon peribadinya.
Sikap mengongkong yg kamu tonjolkan akan membuatkan sahabta lelaki kamu itu tidak berasa selesa denganmu.
Gosip
Majoriti kamu perempuan gemarkan beberepa perkara yg di pandang 'bosan' pada pandang mata lelaki ini.
Ini disebabkan,golongan lelaki yg berminat untuk berbual dan mendekati hal2 yg menarik perhatiannya.
Jadi,lelaki bukan teman yg paling ideal untuk di ajak bergosip.
Sebaliknya,lelaki akan lebih suka jika kamu mengajaknya melakukan kegiatan bersama,seperti olahraga atau sekadar mencari CD terbaru.
Hobi Mengeluh
Setiap org tentu memiliki masalah,tapi tak perlu selalu memperbesarkan setiap masalah kamu di depan raka2 yg lain.
Sesekali memang tak salah jika kamu berkongsi masalah dengan sahabat lelaki kamu,kerana ia akan membantu kamu mencari jalan keluar.
Tetapi,jika saranannya kamu abaikan,dan hari2 berikutnya kamu tetap mencurahkab tentang masalah yg sama,dia akan merasa tidak dihargai dan hilang simpati terhadap dirimu.!
SELAMAT MENCUBA..!

No comments:

Post a Comment